Monday, December 12, 2011

BERSAHABAT MENURUT KONSEP ISLAM

Menurut islam, seorang sahabat mempunyai beberapa kewajipan yang sekali gus menjadi hak sahabatnya yang lain iaitu:

1. Memenuhi keperluan sahabatnya, di mana ada tingkatan - tingkatannya:
    yang paling rendah : memberikan bantuan pada waktu ada permintaan yang mendesak.
    yang menengah : memberi bantuan tanpa adanya permintaan.
    yang paling tinggi : mendahulukan keperluan saudaranya daripada keperluan sendiri.

2. Menjaga lisan , kadang-kadang diam dan kadang - kadang berkata - kata . Diam yang dimaksud adalah
   diam dari menyebut aib sahabatnya sama ada ketika dia ada ataupun tiada . jagalah hati dan jangan    
   mendedahkan keaibannya walaupun telah  terputus hubungan. juga berdiamlah dari berkata mengenai
   perkara yg tidak disukai oleh sahabat kita. namun begitu, apabila ia melibatkan hal2 yg bersangkutan dgn
   perkara amal makrud nahi mungkar,maka tiada alasan untuk berdiam diri dalam memperkatakan hal
   sedemikian.

3. Keperluan untuk berbicara iaitu hak lisan. dalam persahabatan ,perkara yg sering diharapkan adalah saling
    memberikan manfaat antara satu sama lain,bukan membiarkan sahabat anda terus ketinggalan dan terabai
    daripada segala aspek . dengan berbicara,ia melahirkan rasa kasih syg dgn lisan,berkongsi bersama2
    mengharungi kesushn dan kesenangn.

4. Sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaannya sewaktu masih hidup mahupun telah meninggal
    dunia .dalam mengharungi onak dan cabaran alam remaja. peranan sahabat yang baik adalah penting...:)

1 comment: